Friday 15 June 2012

suatu pagi di pasar sayur...

aku : aunty, ini kasam sawi bpa 1 kilo?

penjual : 4. linggit setingah sjak oww...ini kasam aa...lu kasi ptg kicik2 goleng sma itu dgg babi campul bubul manyak sidap owww...( smbl menunjukkn isyarat sedap dgn ibu jari nya )

aku : HAHHHHH??!! ( trkejut )

penjual : lu apa bangsa? itu bidayuh ka? O_o

aku : sya melayu la aunty, mna boleh mkn babi...-__-''

penjual : aiyaaa...lu muka tidak mcm milayu maaaa...tp ini kasam lu mkn sma bubul babi manyak sidap owww.....

aku : aisehmennnn...cancel la aunty, tidak jd beli....

penjual : *^%@*!&%#)$*!^&&$()@*()$.... ( mencarut dlm bhs ibunda beliau )

aku : APA KAH??!!!! pelik alu juak....ngek...


** rkyt malaysia berbilang bangsa dan kaum....

Tuesday 12 June 2012

kisah lawak naik flight

Kisah Lawak Naik Flight Cite pasal sorang mak cik yang tinggal kat kampung.... Suatu hari tu die perlu ke KK untuk urusan keluarga. Maka buat pertama kalinya dia pun membeli tiket kapal terbang untuk menjimatkan masa perjalanan. Pada hari kejadian mak cik ni pergilah airport and naiklah die kapal terbang untuk pertama kali. Excited dan nervous... biaselah first time katakan hehe. Kapal terbang pun sampai ke KK. Penumpang suma pun berpusu-pusu turun kapal. Yang hairannya Mak Cik sorang ni tercegat je kat pintu masuk/keluar kapal terbang tu macam tengah kebingungan. Sorang Pramugari pun datang dan bermula lah perbualan dorang: Pramugari : Boleh saya tolong? Mak Cik : Iya nak.... mana perginya selipar Mak Cik ni? Pramugari : Kenapa pula boleh hilang? Bukan selipar tu sentiasa dipakai ke? Mak Cik : Tadi sebelum Mak Cik masuk ke dalam kapal. Mak Cik tinggal kat luar pintu ni macam kebiasaan masuk rumah.... Pramugari : Aiyaaa Mak Cik. Kenapa pula ditinggalkan di luar. Selipar Mak Cik tu tertinggal di Tawau. Mak Cik : @$#@$#%@$

Mana Satu Lebih Cepat

Jusoh telah di amanahkan supaya memilih calon-calon yang memohon untuk mengisi satu jawatan yang telah ditawarkan Dia dapati ada 4permohonan dan kelayakan mereka sama.Jusoh kemudiannya memutuskan untuk memanggil kesemua 4 pemohon tersebut untuk bersemuka.Dia merancang untuk menanya satu soalan yang menentukan siapa yang layak untuk mengisi jawatan tersebut. Pada hari temuduga 4 orang pemohon itu hadir dan Jusoh terus bertanya,''Beritahu saya,apakah perkara yang paling cepat sekali berlakunya?" Lelaki pertama dengan penuh yakin menjawab,"Fikir.Ia muncul tiba-tiba dalam kepala.Tiada amaran awal tentang kehadirannya.Fikir adalah kejadian yang paling pantas yang saya tau." Lelaki kedua pula memberikan pandangannya," Saya rasa Kelip Mata! Ia berlaku tanpa kita sedar pun.Itulah yang terpantas sekali berlakunya." "Tepat!,Sekelip mata...selalu digunakan untuk menyatakan kecepatan pergerakan sesuatu."sambut Jusoh. Dia berpaling kepada lelaki yang ketiga,"Apabila suis lampu di 'ON' kita dapati lampu segera menyala tanpa lengah walau sedetik pun.Pergerakan cahaya itulah yang paling tercepat dan terpantas yang saya tahu." Jusoh tertarik dengan jawapan pemohon ketiga tadi.Dia kemudiannya meminta pandangan pemohon yang keempat. "Setelah mendengar ketiga -tiga jawapan tadi nyatalah kepada saya iaitu perkara yang paling pantas sekali berlakunya ialah 'berak cair'. "Apa !" Jusoh terperanjat dengan jawapan yang diberikan. "Oh..biar saya jelaskan......Ceritanya begini,suatu hari saya merasa kurang selesa lalu saya terus lari ketandas.Tapi belum sempat saya berfikir,belum sempar saya berkelip mata pun dan belum sempat saya ' ON' suis lampu tandas tu ,saya sudah terberak cair dalam seluar saya."

Atong dan Pak Kastam

Atong melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang Atong. Pak Mat Kastam menahan Atong dan bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Atong. "Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, Atong di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Atong memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Atong dibebaskan. Pasir kepunyaan Atong di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia. Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?" "Pasir" kata Atong. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Atong tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Atong dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya. Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Atong tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Atong tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Atong di sebuah pekan. "Atong" tegur Pak Mat Kastam, "Aku tau kau ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya. Ok lah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?" "Basikal", jawab Atong ringkas

Lawak Tahap Gaban

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut? DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati. =================================== SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu? DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit =================================== SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas? DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air! =================================== SAM: Semalam aku nampak hantu! DOL: Uih! kau terkejut tak? SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejur tengok aku. DOL: Mana kau tahu? SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer.... =================================== SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin? DOL: Gula dah habis! SAM: Yang kau pergi campur garam apasal? DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah =================================== SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka. DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong! =================================== SAM: Aku ada AIDS? mana ada... DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu... =================================== SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk! DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi. =================================== SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita. DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

cilakak pnya laki...hahaha

Hadi sedang nazak dan hampir meninggal... Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi... Hadi : "Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu.." Isteri : "Iya, bang.. cakaplah.." Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun..." "Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?" dengan terkejut isterinya bertanya. "Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu..."
HIDUP PENGEMIS..
Saya sedang berjalan keluar daripada kolej saya ketika saya melihat seorangpengemis tua, dalam lingkungan umur 50- an, sedang duduk meminta sedekah. Selalunya, saya hanya memberi wang kepada mereka dan terus berlalu. Entah kenapa, mungkin mood saya tengah baik dan saya pun tiada rushing nak ke mana-mana. Saya lalu berbual2 dengan Pengemis tersebut. Saya : Sudah lama mengemis, pakcik? Pengemis : Ya...lebih kurang sudah 18 tahun , nak. Saya : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik? Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak Saya : Banyak juga ya pakcik?? Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga... Saya : Ohhhh.....keluarga pakcik ada di mana? Pengemis : Isteri pakcik meninggal lama dah. Anak pakcik pulak semuanya ada 3 orang, tiga-tiga lelaki. Yang pertama dekat di Universiti Putra Malaysia di Serdang tu. Yang kedua dekat Universiti Malaya , dan yang ketiga dekat Universiti kebangsaan Malaysia di Bangi nunn.. Saya : Wahh..hebat- hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Penegmis: (Sambil tersenyum ;-) Biasalah nak. Anak pun pandai apa, sekolah kat sini? Saya: (Membalas senyuman..^_ ^..) Pakcik ni..So anak pakcik tu semuanya masih kuliah? Pengemis : Tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....Diorang kata duduk mengemis dekat universiti ni banyak ckit incomnyer pasal budak2 U nie pemurah! Lagi2 kalau dekat2 exam. Setakat dua tiga ratus sari tu biasalah! Saya : Cisss..Hampehhhhhh. ......!!!!