MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR.
Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.
Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.
Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur...
ni aku copy paste dari sorg hamba Allah gak selepas meminta keizinan dr nya...=)
Tuesday, 22 May 2012
Monday, 21 May 2012
Selama nihh aku salu tertanya2 tentang perkara ni. Tak sangka bleh plak terjumpa dalam 1 post hamba Allah dalam 1 laman sosial. Sebelum nih, walau pun aku trtnya2, p aku x plak nk cri info mengenai nya...nahhh! skang dh dpn mata...jdi aku bca dan aku phm da skang. Jadi, selepas meminta keizinan dari hamba Allah td, aku pun paste la kt blog aku ni...
KEAJAIBAN PERGERAKAN ARAH LAWAN JAM!!! Berapa ramai antara kita yang sedar ibadat TAWAF mengelilingi Kaabah dilakukan mengikut PUSINGAN ARAH LAWAN JAM??? Menurut pakar metafizik, pergerakan arah lawan jam (COUNTERCLOCKWISE) menghasilkan TENAGA POSITIF yang amat kuat. Semasa melakukan ibadat TAWAF ketika mengerjakan haji atau umrah, para Jemaah dikehendaki untuk memastikan bahu kiri mereka sentiasa terarah kepada Kaabah. Dan apabila kita melihat kepada pusingan tawaf ini, para jemaah haji/umrah sebenarnya sedang bergerak mengelilingi Kaabah mengikut arah lawan jam (COUNTERCLOCKWISE)!!!! Pergerakan arah lawan jam ini sebenarnya telah menghasilkan satu tenaga elektromagnetik yang amat kuat ke atas Kaabah. Daripada segi sains, itu adalah ANTARA SEBAB mengapa doa yang dipanjatkan di kawasan Kaabah amat mustajab dan makbul kerana kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda setelah berpadu dengan gelombang eletromagnetik yang dihasilkan. Allah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana telah mencipta pergerakan ini untuk menghasilkan tenaga yang kuat untuk kebaikan hamba-hambaNya, di samping membolehkan alam ini mencapai keseimbangannya. Success needs ENERGY. So, mulakan langkah pertama anda ke arah menjadi orang yang lebih sihat dan bertenaga dengan menggunakan jam arah ke kanan untuk hidup yang lebih SIHAT, SEIMBANG dan BERTENAGA! :-

KENA ROTAN
Abu seorang budak yang baik, sopan dan mendengar kata. Semua itu berkat didikan ayahnya yang garang. Hanya dengan jelingan tajamnya, Abu memang cukup faham akan maksud yang tersirat. Pernah satu ketika dulu, Abu menemani ayahnya ke kedai Ah Meng dan Abu mengambil sebiji gula-gula lalu meletakkannya di atas kaunter bersama barangan runcit yang hendak dibayar oleh ayahnya. Namun Abu terpaksa meletakkan balik gula-gula tersebut ke dalam balang kerana teramat faham dengan maksud jelingan tajam ayahnya.
Nak dijadikan cerita, suatu hari Abu mengikut ayahnya ke surau untuk solat Maghrib. Ketika sedang rukuk, Abu melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Abu yang "konon'nya ingin membantu, terus menarik kain pelikat yang tersepit itu.
Ayahnya yang sedang solat terus berpaling dan memberikan jelingan tajamnya kepada Abu. Abu yang teramat faham maksudnya terus menyelitkan semula kain pelikat itu tadi ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam.
Habis satu jemaah batal solat mereka akibat turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayah Abu yang bermuka merah padam menahan malu dan marah terus mengheret Abu balik ke rumah selepas memohon maaf daripada semua jemaah dan tok imam. Malam itu, berbirat punggung Abu akibat dirotan....

Sunday, 20 May 2012
Ini ada 1 lagi cerita lawak yang aku nak kongsi bersama dengan korang yang sudi singgah sebentar kat blog aku ni. Yang ni pun salu buat aku tersenyum kambing walaupun aku dah baca banyak kali.
Makan Ubat
Pada suatu malam, isteri Udin mengejutkan Udin yang sedang nyenyak tidur.
Isteri : Bang, bangun bang...bangun la cepat.
Udin : Hishhhhh...kenapa kejutkan abang tengah-tengah malam buta ni??!!
Isteri : Abang lupa makan ubat laa...cepat la bangun, kan doktor dah pesan abang kena makan ubat sebelum masuk tidur...
Udin : Ubat apa pulak?!! ( sambil menggosok-gosok matanya yang masih terpejam )
Isteri : UBAT TIDUR.
Udin : @&^!*&@^#%??!!!!

aku masih mentah dalam hal blog memblog ni, jadi aku pun tak tahu nak post ape dulu. setelah aku pikir punya pikir sampai tak terpikir apa aku nak pikir...aku ambik keputusan untuk mengepost cerita lawak yang aku salin balik dari buku 'Gelak Ketawa' yang aku beli beberapa bulan yang lepas...
walaupun aku baca banyak kali, aku tetap gelak jugak tanpa dipaksa-paksa...
SOLAT
SOLAT
Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yang suka melepak. Mereka adalah Budin, Ali dan Ciko. Tok imam kampung itu tersangat la bengang dengan aktiviti mereka sehingga suatu hari tok imam itu tergerak hati untuk bertarbiyah kepada mangkuk ber 3 tersebut.
Maka berlakulah insiden cabar mencabar. Tok imam itu mencabar mangkuk ber 3 tersebut untuk datang berjemaah di surau maghrib nanti.
Si Ali pun berkata," Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Tak apa, nanti kami buktikan yang kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan ".
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib, pergilah mangkuk-mangkuk tersebut ke surau. Tok imam pun menyuruh si Ali azan. Tanpa berlengah-lengah lagi, terus saja si Ali azan, " Allah Ta'ala...Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada si Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Maka, terserlahlah kejahilan si Ali.
Selepas iqamat, semasa hendak bermula sembahyang...tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam ni pun satu hal jugak, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak...
Masuk saja kali ke 3, si Budin menggamit tok imam. " Tok, tok duduk kat belakang, biar saya yang jadi imam ". Tok imam pun berundur ke belakang.
Si Budin pun mengangkat takbiratul ihram. " Allahu Akbar! " Maka para makmum pun ikut mengangkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba-tiba saja si Budin menoleh ke belakang dan berkata, " Haaaa...tengok tok! Sekali je tok!!! ". Lalu batallah solat Si Budin dan sekalian nya. Semua pakat ketawa terbahak-bahak.
Tok imam pun mintak la si Ciko menjadi imam. Si Ciko pun terus ke depan menjadi imam solat maghrib petang itu, bermula dari takbir sehingga lah selesai sembahyang. Siap dengan wirid-wiridnya sekali. Punyalah bangga tok imam terhadap si Ciko. Si Ciko yang dengan kembang hidung nya dan bongkak nya berkata, " Hehehehehe...itu belum ambil wuduk lagi tu, kalau tak...lagi dahsyat aku sembahyang. Hehehehe...".
Tok imam terkedu dan hampir pengsan...
Begitu lah alkisah cerita yang aku salin mentah-mentah dari buku tersebut...
Subscribe to:
Posts (Atom)