KENA ROTAN
Abu seorang budak yang baik, sopan dan mendengar kata. Semua itu berkat didikan ayahnya yang garang. Hanya dengan jelingan tajamnya, Abu memang cukup faham akan maksud yang tersirat. Pernah satu ketika dulu, Abu menemani ayahnya ke kedai Ah Meng dan Abu mengambil sebiji gula-gula lalu meletakkannya di atas kaunter bersama barangan runcit yang hendak dibayar oleh ayahnya. Namun Abu terpaksa meletakkan balik gula-gula tersebut ke dalam balang kerana teramat faham dengan maksud jelingan tajam ayahnya.
Nak dijadikan cerita, suatu hari Abu mengikut ayahnya ke surau untuk solat Maghrib. Ketika sedang rukuk, Abu melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Abu yang "konon'nya ingin membantu, terus menarik kain pelikat yang tersepit itu.
Ayahnya yang sedang solat terus berpaling dan memberikan jelingan tajamnya kepada Abu. Abu yang teramat faham maksudnya terus menyelitkan semula kain pelikat itu tadi ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam.
Habis satu jemaah batal solat mereka akibat turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayah Abu yang bermuka merah padam menahan malu dan marah terus mengheret Abu balik ke rumah selepas memohon maaf daripada semua jemaah dan tok imam. Malam itu, berbirat punggung Abu akibat dirotan....
No comments:
Post a Comment